Friday 26 April 2013


PruBSN Takafulink



Manfaat TAKAFULINK
Untuk Perlindungan Anda
Kami akan membantu anda merancang paras perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.

Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan.
  • Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan  sumbangan anda.

•     Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
•      Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi  pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
•      Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
•     Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
•      Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6,000 setahun.

Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK?
Sesiapa yang berumur di antara 26 dan 70 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.

Manfaat Asas
Kematian: Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam Akaun Unit Peserta (PUA)2, Akaun Khas Individu (ISA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA) sekiranya berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki di dalam PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar  jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau belum mencapai umur 60 tahun. Unit-unit di dalam PUA dan IUA serta nilai ISA akan kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya ia disebabkan oleh:
•      percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.
•      penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.
2PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang dibayar.
3ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukkan.
4IUA adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal diperuntukkan.

Dana-Dana TAKAFULINK
Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.
Takafulink Dana Bon
•      Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
•      Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Urus
•      Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan didalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
•      Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti
•      Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhanake panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
•      Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
•      Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.
•      Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang.


DAPATKAN SEBUTHARGA PELAN TAKAFUL ANDA
UNTUK KETERANGAN LANJUT  HUBUNGI SAYA:


RODUAN BIN MAT ZIN
( Executive Wealth Planner)
** 019-2699631**

wanprubsntakaful@gmail.com

0 comments:

Post a Comment